Bangunan asal Masjid Jamek Kg. Tat Sega

masjid-3

Sudah lama tidak menjenguk…

Kampung Morten

morten-0271

Kampung Morten di waktu pagi

Sesuatu yang menarik untuk dilihat, meskipun tidak seasli dahulu.

morten-0273

Dikelilingi bangunan moden

Sungai Melaka

morton-0207

Sungai Melaka

Cuti Hari Kemerdekaan yang baru lalu saya bertandang ke Melaka setelah membuat perancangan hampir sebulan. Di antara tempat yang menarik yang sempat dilawati adalah Sungai Melaka, yang sejak beratus-ratus tahun menyaksikan setiap peristiwa yang berlaku di Kota Melaka. Kini ia dihias sebegitu rupa dan menjadi satu tarikan tersendiri kepada para pengunjung. Amat sesuai untuk berjoging atau berbasikal.

melaka-0138

Rumah Tok Demang yang mengasaskan Kampung Morten di tepi Sungai Melaka.

Di tebing Sungai Melaka terletak sebuah kampung tradisional Melayu Melaka, Kampung Morten. Ia begitu unik kerana terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka yang pesat berkembang. Usaha Kerajaan Negeri Melaka mempertahankan warisan yang tidak ternilai ini harus diberi pujian. Para pengunjung dapat menghayati kedamaian sebuah kampung Melayu apabila menginap di salah satu  homestay yang terdapat di kampung ini. Tempahan harus dibuat awal khususnya menjelang cuti persekolahan. Cuba dapatkan homestay yang menghadap Sungai Melaka.

melaka-0145

Jambatan Kampung Morten merentasi Sungai Melaka

Pengunjung dapat menikmati keindahan waktu petang di tepi Sungai Melaka sambil menyaksikan bot-bot pelancong yang lalu lalang. Di waktu malam rumah-rumah di tepian sungai akan disinari lampu sorot pula. Pengalaman menginap di kampung ini tidak ternilai rasanya.

morten-0159

Pemandangan Sungai Melaka di waktu petang

Antara tarikan utama di Bandaraya Melaka adalah menyusuri Sungai Melaka. Para pengunjung pasti melalui Kampung Morten.

morten-0161

Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka

morten-0162

Kelihatan rumah Tok Demang di sebelah kiri sungai

morten-0168

Para pengunjung suka duduk santai di tepian Sungai Melaka sambil menikmati bayu petang dan warna-warna menjelang malam.

 

Nostalgia

Beberapa foto yang menggamit nostalgia. Mungkin akan lenyap ditelan zaman dan hilang dari ingatan sedikit masa lagi.

dong-1

Sebuah rumah di Kampung Dong. Suatu masa dulu mungkin satu keluarga besar tinggal di sini. Kelihatan sepi kini…

gesing-1

Sebuah kedai kayu bercat aluminium di Kampung Gesing. Sebenarnya ia bersambung dengan rumah pemiliknya. Kini hanya menjual keperluan-keperluan asas seperti gas memasak, barangan dapur, dan sebagainya. Kewujudannya memenuhi tuntutan fardu kifayah, susah orang-orang tua di kampung tanpanya.

sengkela-1

Rangka jambatan gantung menyeberangi Sungai Lipis yang menghubungkan Kampung Gesing dengan Kampung Sengkela. Kalau tak biasa naik tentu rasa gayat. Inilah tempat budak-budak kampung tunjuk ‘hero’ terjun ke dalam sungai.

Salam perkenalan

Selamat Tahun Baru 2015. Tahun baru ni saya berazam utk menghasilkan sesuatu yg lebih baik dan berkekalan, insya Allah.blog4

Saya namakan blog ini Raub Mari, tempat asal saya. Blog ini santai sahaja dan mungkin berkonsepkan sebuah memoir.